- Bahagi harta pusaka dulu kemudian selesaikan hutang
- Bahagi harta pusaka sama rata mengikut kefahaman sendiri
- Bahagi harta pusaka tak perlu segera, nanti pun boleh
- Harta yang dihibahkan adalah harta pusaka
Layakkah Anak Angkat dan Anak Susuan mewarisi Harta Pusaka simati?
Bagaimana merancang dan membahagi harta pusaka?
- Menulis wasiat untuk diagihkan sebahagian harta kepada benefisiari
- Hibah harta semasa hidup kepada yang tersayang
- Membuat penyelesaian pembahagian harta pusaka simati kepada waris-waris
#sembangbabharta #islamicestateplanning #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #celikpusaka
Hibah
Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Saling memberi hadiahlah kamu, nescaya kamu akan saling sayang menyayangi” (Riwayat al- Bukhari)Membuat hibah – bukanlah kerana kematian makin menghampiri kita semata- mata, tetapi pemilik harta bertanggungjawab dalam perancangan harta. Antara salah faham mengenai Hibah:
- Hibah pemberian selepas mati
- Hibah boleh dibatalkan bila-bila masa
- Hibah nak elak dari hukum Faraid.
Adakah Hibah perlu dilakukan secara sama rata? #ambiltahu #jangankeliru
Wasiat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; ‘Tidak patut bagi seseorang Muslin yang ingin berwasiat tidur selama dua malam, selagi dia tidak menulis wasiat di sisinya.’ (Riwayat Muslim).
- Menulis wasiat – sering ditangguh kerana risau diketahui maklumat hartanya, tetapi kita tidak pernah risau berapa lama lagi kita akan hidup di bumi Allah.
- Untuk diberikan kepada mereka yang bukan waris. Waris pula bagaimana? Jangan risau, mereka sudah ada bahagian dari harta pusaka si mati.
- Berapa banyak harta yang boleh diwasiatkan? Harta yang diwasiat kan hendaklah tidak melebihi 1/3 bahagian.
- Wasiat kepada ahli waris, sah ke? Hendaklah diketahui oleh ahli-wahli waris yang lain dan dipersetujui oleh tiap-tiap waris tersebut.Waris tak setuju, bagaimana?
- “Wasiat yang dibuat oleh orang Islam sepatutnya mendapat Perintah Pengesahan Wasiat dari Mahkamah Syariah sebelum Geran Probet di keluarkan kepada Wasi. Will Act 1959 tidak terpakai kepada orang Islam.
- Apakah kaedah terbaik untuk berwasiat?
- Dibuat secara bertulis dan disaksikan oleh 2 orang saksi
- Merujuk pihak berautoriti untuk menulis wasiat
Mahu tahu lebih lanjut? Hubungi kami di admin@nhcolaw.com
Article Disclaimer: The contents written above and/or in this website do not constitute a legal advice and should not be relied upon by any parties as such. Please reach out to us for further enquiries.
Bolehkah harta dihibahkan kepada seseorang tanpa pengetahuan waris lain?