Di Malaysia terdapat pelbagai instrumen bagi pembahagian harta pusaka setelah seseorang meninggal dunia. Antara yang menjadi pilihan adalah Hibah & Wasiat. Meskipun Hibah dan Wasiat sering digunakan sebagai salah satu jalan alternatif terhadap pembahagian harta pusaka, instrumen ini tidaklah menafikan kepentingan Faraid.
Seringkali dihujahkan dengan soalan apakah perbezaan di antara Hibah & Wasiat, maka artikel ini akan menerangkan serba sedikit perbezaannya dari sudut pembahagian dan pelaksanaannya.
HIBAH | WASIAT |
Pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Tiada kadar had yang perlu dipatuhi seseorang dalam pemberian Hibah. Pindahmilik harta, Hibah terlaksana semasa hayat pemberi Hibah. | Pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak. Kadar yang boleh diwasiatkan terhad kepada 1/3 daripada kesuluruhan harta kecuali dengan keizinan ahli waris yang lain. Wasiat pula dilaksanakan selepas kematian pemberi Wasiat. |
Antara syarat sah bagi sesuatu Hibah adalah pemilikan barang yang dihibahkan. Oleh yang demikian, timbul persoalan adakah menghibahkan harta bercagar (bukan pemilikan) seperti rumah yang belum habis loan dianggap tidak sah? –
Terdapat beberapan pendapat mazhab bagi isu pemilikan Hibah harta bercagar;
1) Syafie & Hanbali: Hibah adalah tidak sah kerana rukun wasiat adalah tidak sempurna (gadai pada bank). Pemilikan dianggap tidak sempurna & Hibah tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Harta Hibah adalah barang sekuriti, pihak-pihak tiada keahlian untuk akad Hibah.
2) Hanafi: Hibah adalah sah dengan keizinan dari pemegang gadaian.
3) Maliki: Hibah boleh dibuat sekiranya mempunyai takaful insurans yang melindungi harta bercagar tersebut, walaupun masih dalam gadaian.
Selain itu, terdapat juga persoalan samada adakah boleh meletakan syarat ke atas instrumen Hibah?
Secara umumnya, Di Malaysia, Hibah boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu Hibah Mutlak, Hibah Bersyarat & Hibah Amanah. Maka adalah dibolehkan meletakkan syarat ke atas akad pemberian Hibah.
Instrumen Hibah & Wasiat ini merupakan suatu instrumen yang menjaga harta pusaka orang islam daripada dibiarkan tidak bernoktah. Malah, dari sudut pandang islam juga pemberian atau sedekah kepada ahli keluarga adalah yang paling baik. Kami berharap agar penulisan artikel ini mampu menjawab persoalan yang sentiasa bermain di minda pembaca tentang perbezaan Hibah & Wasiat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perceraian atau undang-undang syariah, sila hubungi kami di admin@nhcolaw.com
Article Disclaimer: The contents written above and/or in this website do not constitute a legal advice and should not be relied upon by any parties as such. Please reach out to us for further enquiries.